Saya ingin berkongsi dengan anda 2 buah fail yang amat berguna. Sila muat turunkan dari link dibawah:-
Choral Speaking Script
Pengurusan Kokurikulum
Search The Web
Friday, 3 May 2013
Sila cuba soalan-soalan matematik yang boleh didapati pada 'link' muat turun dibawah:-
Soalan Matematik
Soalan Matematik
Peta Minda Profesionalisme Keguruan
Sila clik pada 'link' dibawah
Peta Minda Professionalisme Keguruan
Sila clik pada 'link' dibawah
Peta Minda Professionalisme Keguruan
BENDERA MALAYSIA
Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang)
yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan
jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13
buah negeri - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau
Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan
Persekutuan.
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke
bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat
Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam -
agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan
Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna
Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
LAMBANG
NEGARA
Bahagian sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka itu Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang, merah dan kuning warna Selangor, hitam, putih dan kuning warna negeri Perak, merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan.
Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Tiga Bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunya Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang di tunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia,
Cogan - Bersekutu Bertambah Mutu - ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat, bendera hanya dikibarkan pada tempoh dan waktu yang tertentu sahaja untuk memupuk semangat kenegaraan supaya rakyat Malaysia berasa megah dan menghormati bendera mereka.
Subscribe to:
Comments (Atom)









